Archive for August, 2009

Selamat Hari Malaysia, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 52.

Mari kita tanya diri sendiri, adakah kita ni masih layak bergelar rakyat Malaysia? Aku taknak pusing banyak2, cuma nak tekankan rukun negara yang ke-5.

Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

OK.. cukup hal2 kemerdekaan negara, bawah ni nak kongsi gambar hari ke-45 Masni selepas bersalin. Dated 9.08.09, sehari selepas shoot wedding di Linggi. Di Tg Malim, abah aku datang dari Jitra, untuk melawat cucu-cucunya. Waktu ni, Yasmin dah berumur 6minggu, hari pertama habis pantang, dah pantai senyum bila main2 tepuk tangan :)

ssignment kali ini, aku diiringi Aliff & Mubin. Azral aka Torot pada hari yang sama, berada di Kota Bharu untuk satu lagi assignment wedding, bersama Fuad. Aku belum pernah sampai ke Linggi, ada la dalam tiga kali sampai Port Dickson, tapi tak pernah lajak ke Melaka ikut jalan tu. Malam sebelumnya, Aliff lepak dirumah, untuk melancarkan perjalanan awal pagi esok. Pagi2 buta lagi Mubin dah sms aku cakap dia nak join sekali, orait.. Mubin & Fuad – kampung nya kat area tu jugak, banyak jugak aku belajar pasal tempat tu aritu, mana hotel ok, mana hotel berhantu. Bila selesai session haritu, terus aku rendezvous dengan Nazri, yg kebetulan ada family holiday kat PD, berkat tour guidance Mubin, senang nak jumpa tempat yang dicari. Thanks to Nazri & Izwan for the extra equipment.

Penghargaan yang tinggi kepada Hiruwan & Dila kerana masih kental untuk beach photo session walaupun letih selepas 3am late night packing, early morning start, 2hrs trip & majlis di bawah matahari Malaysia yang terik. Sungguh sporting couple ni, special mention to Hiruwan yang tak kering dengan idea. Kami bertiga enjoy working dengan anda.

Team of the day: Asraf, Aliff & Mubin

730am Aku & Aliff bertolak dari Kota Damansara
815am Jumpa Mubin di Ampang Point
830-10am Make-up photo session @ Dila’s place
1015am-12pm Road trip to Linggi
1pm-4pm Majlis
5pm Outdoor session kat rumah jiran :)
6pm Beach photo session
930pm arrived @ Kota Damansara & part ways with Alip. Aku terus shoot ke Tg Malim, kumpul dengan family. Lesu..

Aliff,                            Mubin,                         Hiruwan,                   Dila             &            Asraf

‘Grand ‘ – Perkataan paling tepat untuk summarise suasana malam tu. Outdoor-garden-night wedding kali ni, aku tag-team dengan partner Leprikon.net, Monsieur Azral Ramlay, as of today aka Torot Turbo.. ehehe.

‘Challenging’ – Second word to describe the night assignment. Outdoor event, low light, full of motion and including unexpected poco-poco dance-off, fireworks, and runaway pengantin. Dalam bertarung untuk perfectkan shots of the night, sempat jugak kami ‘pow’ pulut-serawa-durian kat kitchen sorang satu. Plus minum air lemonade 6 gelas, sebelum makan nasik kenduri dan tambah lagi lemonade 2 gelas. By 12am, masing2 mata dah kuyu, lepas postmotem ringkas kami pun beransur ke arah masing2.

Thanks to Dila & Shah for letting Leprikon to be a part of your special night!

See you guys in Linggi.