Archive for June, 2009

D80 + 18-135mm f3.5-5.6

[Post kemarau + mencuit kengangan]

Sebenarnya nak upload gambar2 yg aku amik lately – sekali terselongkar gambar2 terawal era dslr aku. FYI, lama jugak aku ‘demam’ nak memiliki sebijik kamera digital single lens reflex ni. Minat ambik gambar memang ada.. cuma terbakar bila rakan terdekat, si Torot dah selamba angkut sebijik beberapa bulan sebelum tu. FYI untuk penduduk2 M’sia, di Dublin, harga retail kamera kat kedai memang mahal, & bukannya boleh tawar menawar sangat pun. Kalau nak dapat harga macam kat Malaysia, kena carik kat eBay, atau mana2 retailer online & FYI, kat sana, online shopping memang common & reliable. Tiap2 hari aku check eBay & Gumtree.ie kalau2 ada offer yang ok.

One fine day (Sabtu pagi) 31/05/2008 – terjumpa kat Gumtree – D80 + kit lens for 650euro. Tak penah aku jumpa semurah ni. Terus aku set jumpa seller ni – pukul 11am kat park sebelah Jervis, check kamera yang aku suspek 2nd hand, tapi mmg brand new. Brader German tu pakai seluar pendek dengan kotak kamera dalam beg kertas Next. Aku hulur cash, beli camera macam beli barang apa ja time tu, kat bawah pokok. Kamera tu dia bawak dari Germany, straight dari kedai kawan, sebab tu murah. Ofismate aku sorang pun aku rekomen beli sebijik dslr kat brader ni.

Ok – bawah ni antara gambar2 pertama yang aku amik hari tu jugak – lepas beli memori kad & charge bateri.

[Aiden di Merrion Sq. 10min walk from our place]

[Aiden at home]

[Grand Canal view from our balcony. Aku paling enjoy bila balik kerja, sampai rumah pukul 6ptg, & makan nasik kat balcony ni. Mat salleh yang lalu lalang jalan kaki kat seberang canal asyik pandang2, aku rasa diorang pelik tengok aku makan nasik pakai tangan kut.. ehehehe.. ]

[Gambar ni tak menarik pun, sekadar nak show off]

[Cemana budak ni boleh tidur atas lantai pulak masa ni, tak ingat]

[Grand Canal Square]

[Grand Canal - jalan2 dengan Aiden]

[Ni si Torot datang melawat aku yang baru dapat 'ubat' demam yang lama aku tanggung. Torot, aku dah kata tak boleh blah punya nak try gitar tu]

[warning - long post with many large photos & no page-break, may takes a long times to load]

Credit to Nazri’s 24-70mm f2.8 & Aliff’s SB800

Self-explanatory title – tapi rasa macam kena explain jugak nih.

Syahril & Siti Khodijah (tolong betulkan spelling kalau salah :) )

FYI Syahril ni adik ipar aku, adik Masni, ketiga dalam adik-beradik. Sekarang bekerja di Ipoh, seorang handy-man yang amatlah ‘reliable’. Semua langsir kat rumah kami sekarang dialah yg pasangkan, termasuk gantung kitchen cabinet sekali. Apa2 barang letrik yang rosak tu, dia boleh tengok2kan. Sebagai tanda penghargaan, kami hadiahkan khidmat fotografi & gubahan hantaran istimewa. Bawah ni ada sikit ringkasan jadual majlis ‘kecil-kecilan’ hujung bulan Mei lepas.

Jumaat 300pm Majlis akad nikah (Baju 1)
Jumaat 930pm Malam berinai (Baju 2)
Sabtu 12-5pm Kenduri @ Siti’s home (Baju 3)
Sabtu 930pm Potong Kek & Bukak hadiah (Baju 4)
Ahad 12-5pm Kenduri @ Shahril’s home (Baju 5)
Ahad 9pm… bukak hadiah (kemeja-T & trek bottom)

Kesemua yang di atas – aku kena hadir untuk sebagai ‘family-photographer’.. fuyoo.. ni self-appointed title ni, special. Apa bezanya dari shoot majlis2 lain, mestilah ada beza, sebagai salah seorang ahli keluarga terdekat, aku selit2 role fotografer aku di celah2 role2 sebenar – logistik, tolong siapkan bunga telur, melayan si Aiden, makan breakfast, dodoi Masni tidor, menyambut tetamu, berborak dengan sedara ipar yg jarang2 jumpa, borak dengan mak bapak sendiri, driver, ahli rombongan pengantin, angkut barang2 hantaran, makan di meja pengantin, urut kaki Masni, basuh ber*k Aiden, siapkan slideshow untuk kenduri.. dan lain2.. fuhh.. amik ubat. Apa2 pun, pengalaman memang priceless, especially bila usaha kita dihargai. Aim aku .. to capture all the beautiful moments as much as possible. Lepas ni mission untuk siapkan product dalam album. Lepas aku sihat sikit.
Ok. Entry ni aku karang secara kronologikal, dengan few shots yg aku rasa menarik & will tell the story. Orait!

[Apa agaknya kat fikiran dia sekarang ni.. kata Syahril 'Tiba2 jadi gabra bila kena duduk atas bantal kat tengah2 ruang tamu ni']

Nervous

[Salam dengan kakak tersayang (the only kakak pun). Masni ada special seat kat belakang, kalau main game Atari/Nintendo dulu2, dia ni ibarat big-bos .. jumpa kat stage last sekali. :) Menitis jugak air mata masa ni, aku sebagai FP of the day kena control macho]

Brother & Sister

[Nak jugak tumpang sekali, aku suka gambar ni sebab ada ayah siti tersenyum kat belakang]

Men-ca-pub

[Bye-bye-celah-pintu-shot untuk majlis akad nikah di siang Jumaat. Tahniah kepada Syahril & Siti]

Bye for to-day

[Malam berinai. Teruja jugak aku bila Pengantin Baru keluar dengan costume yg bukan main-main. Serius lawa, so aku pun serius ambik gambar. Aku berpeluang merenjis sekali, cuma takda orang nak amik gambar aku]

Night 1 Malam berinai

[Day 2 - getting ready. Jelas kelihatan kat wajah Syahril - pressure dah hilang, hari ini dan esok akulah raja. Shahril tak berapa sihat sebenarnya, aku rasa satu hari dia 'laloq' time kenduri sebab dah telan ubat batuk. Anyway, don't worry, nampak berseri & ceria sepanjang hari]

Day 2

[Day 2 -1230pm. Konvoi pengantin lelaki dari Tg Malim bertolak ke rumah pengantin perempuan di Selangor. Bunyi macam jauh sebab negeri berbeza, tapi jaraknya 3km only - kat Ulu Bernam]

Pole position

[Bapa pengantin & abangnya.. mengulung rokok]

Brother & Brother

Royals of the day

[Shot yg almost perfect kalau tak kerana double-chin aku]

Double chin

[Shiny happy people - Rakan2 Shahril & Siti masa belajar, di KUKUM tak salah aku, gembira sentiasa. Tak payah mintak posing, sendiri freestyle. Macam dah selalu gi kenduri nampak]

Colourful people

not ice cream

Home time.. not for me

[Day 3 - 3/5 dari adik beradik pengantin - Shami (pengapit), Ani & Masni]

Day 3

Doa

My favourite shot

[Aiden behaving nicely bila jumpa Tok Abah & Maktok dari Kedah, Uncle Yan + Pakcak from Seri Kembangan & Uncle Ibrahim + Untie Zariah of PJ ss3 pun ada]

Aiden

[20min lepas gambar ni - Masni tumbang tidur kat bilik berhawa dingin]

Sweet mama

Detail 1

detail 2

Mug shot

Selamat pengantin baru buat Syahril & Siti, selamat datang ke keluarga kami buat Siti.

Moga2 bahagia selalu & Good luck on your new adventure!

CLICK BELOW FOR MORE PHOTOS