D300 + 50mm f1.8 + 12-24mm f4 + 18-105mm f3.5-4.5 + SB600
[Sambil mengantuk lepas tengok Barca vs Chelsea pagi tadi]
Mak ada cakap bergenang jugak air mata dia sebab adik aku sorang lagi tak dapat join. Bila semua anak2 dah besar, memang susah nak dapat peluang untuk kumpul satu keluarga penuh. Untuk weekend ni, adik aku, Azran aka Yan aka Bungga, ada di Kemboja. So dalam facebook album aku dah letak 43 gambar untuk tatapan dia. Gambar2 trip kat sini dah pun difilter ikut sedap mata.
Beach holiday pertama untuk Aiden, aku agak ragu2 sebab dulu Aiden tak nak lansung mandi di Sg Chongkak, tak pasti macamacana dia akan react nanti bila mandi laut. Tiba di bilik resort 1st floor, Aiden dah nampak & ajak ke laut. Pukul 5ptg lebih kami turun, bukan main suka rupanya Aiden main ombak, siap terjelir-jelir lidah duk merasa air masin. Tersedak-sedak sampai nak muntah sudah jadi routine.



Aminuddin Khalil – member PPP-UiTM seksyen 17 Shah Alam & also member rapat tempat 1st aku kerja lepas grad. Sebenarnya rumah kami di Kota Damansara tak jauh pun jarak, dalam 1km rasanya tapi tak penah pulak jumpa kat sini. Sekali boleh pulak teserempak kat PD ni, aku tengok dari jauh nampak brader ni tengah usung kamera, dari side elevation aku boleh agak siapa.
Amin – bukak ler flickr account, boleh ramai sikit view hasil hobi ko ni.

Ini Azi, suami si Amin. Last time berjumpa dengan Masni masa diorang jalan2 London tahun 2007 tak salah aku. 5 bulan lepas Azi & Amin baru dikurniakan cahayamata kedua, 5 bulan kemudian dah slim seperti sediakala si Azi ni. Boleh bagitau rahsia? Aku pun dalam proses menipiskan lemak di perut ni.

Ni gambar bapak aku, nama glamer di kampung & tempat kerja Pak Abu. Malam sebelumnya dia sampai di SK dengan mak, after 450km drive dari Jitra. Lepas habis holiday ni dia terus drive balik ke Jitra. Aku dengar traffic jam yg agak melampau dr utara ke selatan. Ke arah utara tak teruk sangat, tp highway sibuk & rest area penuh. Itu yang aku dengar dr mak aku.
Inila pengalaman pertama Aiden mandi air laut yang masin. Turun ke pantai dalam pukul 530tg, mandi sampai matahari tenggelam. Siap main bola, pastu sambung mandi. Kalau tak diajak naik, memenag tak naik budak ni. Kena takutkan dia cakap ‘beatle coming’. Baru dia nak naik.

Terima kasih pada Maktok & Tokabah sudi bawakan kek all the way dari Kedah. Termasuklaj kek paling sedap dalam dunia – kek perlis kami panggil. Ditempah & dicollect khas dari Kangar. Sapa2 tinggal area sana, kalau nak merasa, boleh tanya aku contact nombor Cikgu Nordin, isteri dia yang buatkan kek ni, resepi – rahsia.
Aiden dapat hadiah dari Maktok & Tokabah. Tiup lilin buat kali kedua untuk birthday kali ni. Hadiah yang aku & Masni belikan, tak berkesempatan nak tunjuk kat PD, jadi kami buat surprise pagi-pagi sebelum dia ke sekolah.
2 hari lepas kami ke OneUtama. Aiden dapat lagi satu hadiah.. kekeke. Dia yang mintak. Tak sampai hati tengok mata Aiden sambil usung kotak mainan kat satu kedai barang baby kat situ. Asalnya nak cari baju-baju untuk baby, sekali orang lain yang dapat habuan.

Short weekend trip kali agak special untuk aku, satu sebab birthday Aiden, pastu terbuat mini reunion dengan Amin & Khairulnizam aka Joker. Joker ni baru landing pagi tu dari Dubai untuk cuti selama 2 minggu. Diorang ni nak dapat cuti bukannya senang. Kerja keras.. Boleh layan minum malam tu – teh tarik + air kelapa muda. Antara topik-topik perbincangan adalah bola, jodoh, rumah, kawan2 dan hal ehwal semasa ekonomi dunia. Hari Jumaat ni nak buat reunion budak2 laki PPP-UiTM 2002 kat Sports Barn PJ… suspen jugak aku sebab aku gerenti tak fit macam 7thn 15kg lepas.

Bawah ni gambar dari hari kedua mandi laut. Gigih jugak akuangkut camera dalam air, semata-mata ingin dapatkan gambar Aiden dengan ombak & Aiden tengah2 laut. Dah dapat apa yang aku nak, boleh aku enjoy mandi puas2. Nak ulang alik ambik kamera bukan dekat, ada lebih kuran 50m air kena redah.. air surut la katakan.
Esok paginya bertolak balik, tak boleh lewat2 sebab Mak & Abah nak terus balik ke Kedah. Okay, next time kena try pantai timur pulak. Paling kurang pun Kuantan, ada rumah ipar aku kat situ ehehe.. boleh tumpang lagi.


Jangan tertipu, gambar ni kat tempat cetek.. paras lutut only, sebab tu ombak tinggi.


Gambar standard sunset – Bayu Beach Port Dickson. Aku letak rating tinggi jugak untuk tempat ni, bersih & luas. Kalau ada peluang konfem kami singgah lagi.
