Archive for March, 2009

..and in the darkness bind them..

Aku harap rakyat Malaysia sedar lah apa sebenarnya kempen Earth Hour ni, bukan sekadar nak riuh rendah, buat sebab orang lain buat, ataupun merendah-rendahkan usaha positif sebegini. Bak kata rakan – “BUMI INI BUKAN KITA PUNYA, TAPI KITA PINJAM DARI ANAK-ANAK KITA”. Benda yang dipinjam, jangan dirosakkan, rosak sampai dah tak boleh digunakan oleh pemilik asal, anak-anak kita jugak. Pollution is irreversible. Sebelum kita nak mengaku kita ni rakyat Malaysia yang bertamadun, atau bangsa Melayu yang kaya dengan budi bahasa, kenalah betulkan diri dahulu. Elakkan pembaziran wang, tenaga, elakkan sebanyak mungkin pembuangan sampah merata-rata. Kita mula dengan benda2 kecil dahulu, mula dengan diri kita, bila makin ramai dah buat, sudah tentu akan jelas hasilnya.

Earth Hour 2009 Kuala Lumpur

Untuk Earth Hour tahun ni, plan aku memang tak berapa solid. Separuh hati memang nak join geng2 Udey shooting kat Langat. Separuh hati nak buat aktiviti ni dengan family – last2 family menang. Memang dah berangan nak naik KL Tower dari awal minggu, tapi macam tak jadi so tuju ke KLCC malam tu. On the way, Masni cakap – jom la ke KL Tower. Ada la 2 kali pusing area Pudu & DBKL sebab tak tau jalan ke entrance KL Tower.

Kami sampai ngam-ngam 820pm – sempat tengok payung terjun (x4) dari KL Tower. Tiket untuk naik RM38 untuk dewasa, Aiden FOC. Staff2 kat situ pun bersemangat “Cepat-cepat, lampu dah nak tutup”. Tak ramai pun orang, tak ramai queue, dalam masa 2 min kami dah pun ada kat atas. Ramai rupanya kat atas, semua nak tengok KL gelap. Ada yg buat rombongan budak2. Ramai jugak peminat2 fotografi kat atas tu, ada yg siap dengan tripod, ada yang pasang tripod tapi ambik gambar bini satu malam. Aku pakai meja ja buat tripod. Berdebar-debar jugak menunggu sebab tak tau nak expect berapa ramai umat KL yang akan join kempen ni. Kat atas KL Tower, aku sempat shoot gambar sikit sebelum 830pm.

Tepat jam 830pm, terharu betul aku rasa bila tengok lampu di KLCC padam sikit demi sedikit. Aku rasa 90% jugak la bangunan di sekitar KL yg bergelap. Dapat berita dari kawan di kampung (Johor) – satu kampung padam lampu. Wah bersemangat betul. Kampung aku kat Jitra aku tak tau la..

Earth Hour 2009 has been a successful campaign in Kuala Lumpur & throughout Malaysia. Hopefully after this, there will be more to come on world uniting campaign similar to this – dedicated to World Peace.
KL Tower
KL Tower

Kuala Lumpur few  seconds before the lights off.

Kuala LumpurEarth Hour 2009 Kuala Lumpur

Earth Hour 2009 Kuala Lumpur
Earth Hour 2009 Kuala Lumpur
Earth Hour 2009 Kuala Lumpur
m_ASR2241
m_ASR2258

Dah la tu, nak balik dah.. orang dah bukak lampu dah Aiden.
m_ASR2334

Tahun lepas pun sebenarnya dah berkobar-kobar nak join, ingat2 lupa masa borak pasal Earth Hour 2008 dengan Rufi & Torot on the ke masjid sembahyang Jumaat. Cuma last year, aku sekeluarga makan angin di Paris masa tu, bawak Ani adik iparku. Earth Hour kat Paris time tu, aku pun boleh terlupa, tengah jalan2 pekan Paris waktu malam time tu.. & aku tak ingat pun kejadian tutup2 lampu di Paris, esp Eiffle yang bergermelapan macam berlian setiap jam. Gambar2 kat bawah ni diambil pukul 827pm & 842pm (dengan Sony H7).  Masa tu tengah lapar cari makan 1st day kat Paris, nasib terjumpa restoran Halal tak jauh dari hotel, makan prawn bryani yg sedap & harga pun sedap.. OK. Next time mungkin aku share gambar2 trip ni, kali ni aku post gambar2 masa Earth Hour 2008 – yg tak mendapat sambutan warga-warga Paris.
n08-earthhourparis

n08-earthhourparis2

Rendang tak berbuah

March 27, 2009

Lagu faveret malam ni..

_ASR2072

Kekeke.. kesian Aiden culture shock. 1st time masuk karaoke, 1st time jugak la Aiden tengok mak bapak dia menyanyi penuh feel. Terkebil-kebil dia duk perati sambil makan waffle peanut butter.

head-1024 copy

… Small act(s) if united could make a global difference …

FOR JUST ONE HOUR, WHAT COULD WE DO TO MAKE A DIFFERENCE:

1. First step - Switch off any lights that we do not need to use at home

2. Or switch of all your lights at home – but keep an eye on security of course. Don’t turn off your headlights if you’re driving :)

3. For retailers – you could at least turn off half (alternate) or dim down the lights in your store. Switching totally to candle lights could be too risky.

4. For restaurants, esp those with external seatings – this is an easily good excuse for candle lights dinner theme.

5. Maybe switch off your air-cond units and rely on your good-old ceiling fans.

6. Why not switch off all the unused power plugs in your house – well maybe except the fridge.

7. If you could find something nice to do, like having deep conversation with friends in the dark – Turn off your TV

8. You could spend time taking pictures of the Earth Hour activities around your city – hopefully many will participate so you’ll see the difference.

9. And if you could resist not going out during this ONE dark hour with no TV, no air-cond, even better! Because going out in KL most likely you’ll end up driving accross KL and burning more precious fuel and heating up our planet. I’m not sure I could go this far.

From http://www.earthhour.org/

In 2009, Earth Hour is being taken to the next level, with the goal of 1 billion people switching off their lights as part of a global vote. Unlike any election in history, it is not about what country you’re from, but instead, what planet you’re from. VOTE EARTH is a global call to action for every individual, every business, and every community. A call to stand up and take control over the future of our planet. Over 74 countries and territories have pledged their support to VOTE EARTH during Earth Hour 2009, and this number is growing everyday.

Jalan-jalan orang berada

March 26, 2009

Hari ni jalan-jalan lawat 3 buah bungalow di area Bukit Damansara, Damansara Heights. Kepada sapa-sapa berminat, rumah ni ada 4+1 bilik, luas dalam 9000sqft, luas tanah dalam 11000sqft – harga takdala mahal mana, dalam 7 juta lebih sikit. Ehehehe..

View from master bedroom – frameless glass.

Ni rumah jiran sebelah, boleh la tukar-tukar juadah bukak puasa nanti.

Sabtu yang panas

March 21, 2009

Sejak pulang ke Malaysia, tiap2 weekend mesti ada hal, tak pernah aku ingat weekend yang aku bangun pagi Sabtu rilex, takda plan. Weekend ni sepatutnya macam tu, sekali ada kena buat kerja ofis la pulak.. arghhh. Apa2 pun pagi Sabtu aku siapkan nombor plate kereta dulu. Dah sebulan daftar, no plate Malaysia baru nak buat. Ni gambar last plate Dublin pada kereta aku yg comel. Haaa, plate number dah berkilat, kereta yg belum berkilat. Satu-satu la…

Kalau aku nak merasa laksa, tempat versatile aku boleh tuju, restoran D’Jendela kat Giant Kota Damansara. Laksa Penang dia boleh tahan la, laksa Johor pun ok, cuma Emmy buat lagi sedap kut.. ehehehe. Aiden pagi tu belasah 2+ set roti bakar. Lapar betul dia. Petangnya Aiden ada kelas kat SS3. Sementara menunggu, nak cari port layan kamera pun takda idea kat area tu, last2 kami melantak McD. Hari Sabtu tu mmg panas, naik kereta pun boleh lesu. Takpa, petang nanti plan nak terjun pool sejukkan balik badan ni.

Aiden sekarang ni pantang disebut, mesti dia nak ke swimming pool. Aku pun join la sekali berendam kat kolam budak2. Air dia suam2 kuku. Sedap. Pada kawan2, kalau nak bawak anak2 mandi, jemputla. Mak bapak nak join pun boleh, takyah pakai 2-piece pun takpa. Nak pakai pun takpa, aku boleh bawak kamera nanti.

Fikree & Fiza

March 20, 2009

Adik aku Yan ni kerja part time dia jadi pengapit orang kahwin. Dah berapa kali jadi pengapit aku tak tau, selalu sangat aku dengar sampai dah mahir kut dalam proses kenduri-kendara ni. Bila la agaknya dia sendiri nak diapit.. zass. Boleh aku ada adik ipar & aku pun nak jugak rasa ada anak sedara.. ehehehe.. rilex2.. no pressure..

Jumaat lepas aku ikut dia ke majlis akad nikah kawan sekolah di Puchong. Majlis di rumah pengantin perempuan Pengantin lelaki diiringi dengan kawan2 rapat yang hadir untuk junjung dulang-dulang hantaran. Majlis malam tu meriah, simple & cosy. Sejam lepak situ, aku pun balik..

Bapa pengantin lelaki tenang menunggu.

Official photographers at work. Aku kena hati2 sebab taknak ganggu kerja diorang ni. Anyway, thanks to Blog Buih sebab tak kisah aku tag along untuk shoot few shots malam tu. Maaf kalau ada tingkah laku yang menggangu kerja anda.

Photos taken with Sony DSC-H7

Retro post – Plan agak adventurous ni asalnya dari aku & Masni + Torot.. plus Emmy sekali. Adventurous sebab menda alah ni kat London, kami tinggal di Dublin, bermakna kena naik flight.. silap2 kena bermalam sekali. Dah jodoh aku dengan Masni – sama2 minat muzik macam ni.. (lagu melayu pun layan jugak haaa).. ni konsert kedua Metallica.. tahun sebelumnya di Dublin.. tapiiiiii… standing… err.. tak berapa best la.. kalau berdiri sesama Melayu/Malaysian takpa.. sama tinggi, bau badan pun sama.. kalau dengan mat salleh, dah la tinggi, tak pakai baju.. ada yg kulit mengelupas, siap bau beer tuu.. kalau awek cun takpa.. tapi Westlife punya konsert ada la.. so this time kat new Wembley in London.. Torot pun berkobar-kobar tu.. Lepas beli tiket seating yg agak tinggi, rezeki Tuhan datang buat Torot & Emmy  – cahayamata pertama (sekarang dah boleh berjalan bernama Sutra – baby bermata macam baby doll.. ehehe).. ambik keputusan selamat, Emmy tak ikut.. kena la cari substitute..

Dari tiket seating high level.. aku & Masni cari upgrade tiket yg lagi dekat.. so tiket asal tu letgo ke Naaman + Farah, lagi  2 jual kat ebay. Dalam mencari pengganti Emmy.. Aliff bersuara ‘Apsal tak ajak aku?’.. terkedu jugak. Tak sangak pulak mamat ni berminat.. ok.. lagi senang sbb dah ngam pun.. Gambar2 kat bawah ni di-shoot dengan camera lama aku, Sony H7 - very good for a compact/bridge camera. Zoom jauh, sharp & nice colour. Selamat menonton.. nanti boring2 aku up kan lagi post2 lama Pra-DSLR-era

Kami bertolak pagi2 buta dari airport Dublin. Aku pun tak ingat flight pukul berapa.. 6pg kut. Konsertnya petang-malam. Sempat la.. kalau flight tak cancel.

Torot simpan tenaga.. Aliff macam berdoa
Wembley Stadium

On the way ke Malaysian Hall di Bayswater, dalam tube, dalam banyak2 train, dalam banyak2 gerabak, dalam banyak2 orang, dalam banyak2 orang melayu, boleh pulak teserempak dengan Naaman + Farah.. Kitorang pun breakfast sama2.. & sama2 ke stadium lepas tu

Metallica Wembley London 8 July 2007 Setlist

Creeping Death
For Whom The Bell Tolls
Kirk Doodle #1
Sad But True
Disposable Heroes
Kirk Doodle #2
The Unforgiven
And Justice for All
The Memory Remains
The Four Horsemen
Rob Doodle
Orion
Fade to Black
Master Of Puppets
Kirk Doodle #3
Battery
No Leaf Clover
Nothing Else Matters
One
Enter Sandman
Whiplash
Seek and Destroy

Lepas konsert, sesak berpusu-pusu naik tube terus ke Heathrow Airport. Singgah beli fried chicken dulu untuk dinner. Malam tu tambah adventure dengan bermalam ni airport, flight awal pagi.. nak check in hotel pukul 12mlm & check-out pukul 3pg macam tak berbaloi.. tu yg decide tunggu kat airport terus. Rupanya ramai lagi yg buat kerja macam tu.. ehehe.. tak sunyi pun kat airport.. cuma nak cari port tidur yg susah.. Pukul 2pg ada bunyi fire alarm, semua kena keluar bangunan masa cuaca tengah sejuk2.. elok boleh masuk balik airport, mat salleh jalan laju ja nak rebut kerusi, kitorang tanpa segan silu pun berlari booking port best.. ehehehe.. boleh la lelap sikit. 4pg dah bangun dah.

Pukul 11pg kitorang dah selamat sampai ke rumah masing2 di Dublin haa..

Frankenstein yg belum siap kut ni..

Jiwang sebentar..

March 17, 2009

Photoblog – benda yang aku paling hargai esp bila aku browse balik post2 lepas aku. Walaupun aku masih mentah lagi dalam alam blogging ni, tp post2 tak seberapa aku yg lepas2 pun dah cukup mencuit perasaan bila dilawat sekali lagi. Tujuan mengarang adalah untuk berkongsi – itu yang kadang-kadang terasa macam nak re-post balik material2 lama. Susah payah, pahit manis hidup. In real life, aku ni jenis yg susah nak bersuara.. so photoblogging nilah caranya aku nak kongsi apa2 dalam hati.

Aku ni – pada yg dah kenal tu takpa la – jenis yg pendiam. Sampai isteri sendiri pun dah tak larat nak suruh aku berborak. Mungkin sebab aku banyak berfikir dalam kepala sendiri, sampai kekadang aku macam bercakap dalam diri sendiri.. selalu aku kena ingatkan diri sendiri yg selalunya.. ada manusia lain yg sedang menunggu aku bersuara.. Tapi kalau kena gaya, tempat dan topik.. baru nampak diri aku sebenarnya yg banyak idea nak bercakap & berlawak sampai keluar air mata..

Anyway.. balik kepada ‘mengimbas kembali kenangan’.. aku nak share gambar dari mid-November lepas.

Gambar di bawah ni aku ambik dari dalam bas from Abu Dhabi Airport menuju ke downtown Dubai. Masa ni aku ad-hoc fly ke Dubai dari Dublin semata-mata untuk mencuba nasib di sana. Seminggu sebelumnya aku macam salesman macam Will Smith dalam movie ‘The Pursuit of HappYness’. Beratus company email aku sebarkan CV aku dan berpuluh panggilan telefon aku buat tiap2 pagi. Panggilan telefon pun hanya kena sebelum 1pm (Irish time) sebab masa tu dah tamat waktu kerja di UAE. Telefon semata-mata untuk pastikan application aku sampai ke tangan sepatutnya dengan harapan dapat secure interviews. Usaha aku masa tu hanya Masni yg nampak.. dalam seminggu aku intensif, the next week aku beli tiket & fly terus ke UAE. Dapat secure beberapa interview, yg cancel pun ada, & rata2 semua interview ends with good impression – although they can’t promise anything due to economic recession which was about to hit Dubai – that time.

Masa aku dalam bas tu aku rasa betul2 lonely, kurang bermakna jalan jauh2 ke tempat orang kalau anak isteri tak ada sekali. Sebab pengalaman2 macam ni, kena share baru best. So.. aku share dengan sesapa yg drop by post aku ni.. & untuk aku re-visit kemudian hari… lain hari bila mood jiwang aku datang.. aku karang pasal gambar lain pulak.. ehehe..   

Hefffffffff.. tarik nafas panjang2 sedut udara nyaman kat sini.. hari yang ditunggu dah sampai akhirnya. Nasib baik jadik jugak, kekadang plan yg lama2 ni selalu tak jadi last minit.. Organised by Torot seperti biasa, ini gathering official yang pertama bagi warga2 Dublin yang dah pun pulang menetap di Malaysia. Event kali ni di Sungai Chongkak, Hulu Langat. First time aku sampai kat tempat ni, sejam jugak drive dari rumah. Last2 terkonvoi ngan Torot dari pekan Batu 9. Semangat tu bangun pagi beli sarapan walaupun tidur pukul 3pg malam sebelumnya. Aku berdua dengan Aiden pergi tanpa Masni.. orang pregnant pun tak berapa elok kunjung2 sungai pedalaman ni. Lagipun aku ada import dua babysitter jemputan khas dari Cyberjaya-slash-Hulu Langat. Walaubagaimanapun, aku nak sampaikan ucapan perhargaan tinggi pada Masni yang tolong marinade-kan ayam2 bekalan aku.. sbb aku pi main futsal.. hehehe..

Dulu di Dublin memang selalu busy every weekend dengan gathering2 di rumah kawan. Setiap weekend mesti ada jemputan. Memang happening. Sekarang dah balik ke Malaysia, busy memanjang.. nak jumpa member pun tak sempat, bila boleh berjumpa sekali-sekala macam ni kira bagusla ni. Syabas saudara organiser & terima kasih pada yang hadir memeriahkan suasana.

Model favourite aku – sapa lagi kalau bukan Aiden Sani anak lelakiku.

Rufi kali ni memang macam balas dendam betul dengan mainan baru yang dia. Baguslah sahabat kita ni, samangat tinggi dengan videografi ni. Syabas.. teruskan. Kami tunggu video.

Torot dengan effort untuk menghasilkan angle & bokeh terbaik dengan lens yg teramatlah lazat.. tak sempat aku nak layan lens tu, tuannya dah pegang.

Aiden taknak berendam lansung.. aku rasa dia tak biasa dengan sungai lagi.. takut nak pijak batu/pasir.. sejuk pulak airnya. Maklumla.. swimming pool air suam. Satu hari dia duduk atas batu. Takpa, asalkan dia happy.

Memperkenalkan babysitter jemputan khas – part time selebriti, part time student and full time PS3 – adik aku Yeen. Mamat ni alergik dengan bisa penyengat.

Ini pulak backup babysitter bila babysitter utama makan ais krim – cousin aku Azim. Muka  dia senang nak di-customisekan dalam Pro Evo PS3.

Sg Chongkak ni mengingatkan aku dengan Bukit Wang di Jitra, 10km dari kampung aku. Cuma bezanya di sini airnya lebih deras & banyak.. so lebih bersihlah lebih kurang. Tapi Bt Wang lagi dalam & tinggi aku rasa bukitnya, nama pun dah bukit.

Post kali ni aku sertakan banyak sikit gambar bagi puas sikit.. nak cover kelembapan aku mengupdate blog. Esok cuti, boleh la update. Assalamualaikum.

Group photo from azralramlay.com

13 Responses to “Ex-Dubliners @ Sungai Chongkak”
  1. huhuhu..
    sronok betul geng2 dublin gathering…
    lenkali geng2 bkn dublin pn nk join gak laa… ;)

    Radin Aminurasyid’s last blog post..P o t r e t : D a n i a l

    Reply

    admin Reply:

    bley2 join.. ikut je si fly tu..
    nak buat gathering photobloggers pun bley.. hehehe

    Reply

  2. next time maybe organizer leh wat kt tmpt yg bole kumpul sume org..tmsuk la org prgnt.. :)

    Reply

  3. Syabas asraf kerana ada gak gambar aku tengah posing maut tu wkkakakakaka
    best membaca blog orang ni kekekekk… pasni kita pi mana erk? ada suggestion ker?
    kita pi PD dah ler… org pregnant pon leh pi tapi kita stay kat chalet ler…. tak pun apartment ker…..banglo pon ok gak hehehe…..

    radin… next time ko dijemput hadir bro….. tak salah apa pun nak join…..

    tang muka azim yang senang nak customize dalam ps3 pon lawak gak kekekkekeke

    syabas semua sekali……

    azralramlay’s last blog post..Rotary Engine Enthusiast Gathering @ LookUP Point Bukit Langat

    Reply

    admin Reply:

    aktiviti ni khas amatlah sesuai untuk bawak kamera.. susah nak dapat peluang..

    Reply

  4. best2..rufi dah pkai camcoder yg besar tu..tahniah tok korg seme..ni yg korg hajatkan ms nak balik mesia hari tuh kan..

    jas’s last blog post..KUSUT!!!!

    Reply

    admin Reply:

    hajat mmg banyak, nak sampai hajat yg susah hehe.. rufi tu dah sampai hajat la tu

    Reply

  5. aku kirenya utk stage nih alhamdulillah…tapi hajat2 yang lain masih ada lagi…bukan senang nak dapat apa yang kita nak yang penting qadak hajat tiap2 pagi mesti tunaikan hehehe

    rufilatiff’s last blog post..Zooming @ Sg.Congkak, Hulu Langat

    Reply

  6. “macho an gamba i”, kata yeen

    Reply

  7. anak2 aku pun tak mau mandi air sungai la Ashraf ..depa tak reti ..yg tau nak mandi pool saja …

    Reply

    admin Reply:

    anak2 moden la katakan ehehe.. ni belum jumpa pacat lagi..
    Munie.. munie mana ni.. alamat email kat UUM..

    Reply

  8. ni munirah la ..aku keja kat uum la ni..

    Reply

    admin Reply:

    ler.. anak ketua kampung ni.. ol fren sekolah rendah tu.. kalau teserempak, kim salam kat mak aku naa

    Reply